Rabu, 14 April 2010

Dear All,

Pls read on.

*One old man was sitting with his 25 years old son in the train. Train is about to leave the station. All the passengers are settling down into their seats. As the train started the young man was filled with a lot of joy and curiosity.

He was sitting on the window side. He put out one hand and felt the passing wind. He shouted, "Papa see all the trees are going behind". The old man smiled and admired his son’s feelings. Beside the young man a couple was sitting and listening to the conversation between the father and son. They felt a little awkward with the attitude of the 25 year old man behaving like a small child.

Suddenly the young man again shouted, "Papa see the pond and animals. Clouds are moving with the train". The couple was watching the young man in embarrassment. Now it started to rain and some of the water drops touched the young man's hand. He was filled with joy and he closed his eyes. He shouted again," Papa it's raining, water is touching me, see papa".

The couple couldn't help themselves and asked the old man. Why don't you visit the Doctor and get your son treated.

Old man said," *Yes, We were from the hospital. Today my
son got his eyes for the first time in his life".*

*
Moral of the story is;*

*
**We must not come to any conclusion until we know all the facts"**

ya habibi..ya Rasulullah

salam alaik,,,
Allahumma solli a'la Muhammad...

True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan sahabat-sahabt nabi..
True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAWShare Sunday, March 21, 2010 at 2:51am

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .. Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.

Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.

Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.

Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..

Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.

Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.

Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)

Sebak dalam diri membacanya.. .ALLAHUAKBAR. .semua dengan izinMU..tiada yang mustahil didunia ini melainkan dengan izinMU...SUBHANALLA H WA ALHAMDULILLAH WA ALLAHUAKBAR. .ku mencintaimu YA RASULULLAH..

ALLAHUMMASOLLI A'LASAYYIDINA MUHAMAD WA A'LA AAALISAYYIDINA MUHAMMAD
(Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas junjungan kami, Muhammad dan atas keluarga junjungan kami, Muhammad)



online fund transfer

Rabu, 11 November 2009

BUKU YANG DI NANTI....


BERITA PENTING!!!!.....sebelum tu....Assalamualaikum...selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw...
saya nak buku ni....kepada sahabat2 yang ternampak buku ni di jual kat mana2 sekalipun...sila inform kat saya tau!!!....PENTING SANGAT....
tolong yer sahabat2....buku yang ditunggu-tunggu.....
tak sabar rasanyer.....
di sini ada sedikit promotion tentang buku ni..
Designed by Nur Jannah

Telah banyak buku-buku sejarah menulis mengenai Sultan
Muhammad al-Fateh dengan pendekatan kronologikal dan tersurat.Namun, buku ini
akan mendedah dan membumikan 15 karakter kepimpinan yang wujud secara tersirat di celahan fakta-fakta sejarah yang sahih mengenai sosok tubuh pemimpin muda 22 tahun ketika melakukan aksi penawanan paling mustahil dalam sejarah dunia pada 1453 Masihi tersebut.Buku ini akhirnya akan mendedahkan mukjizat di sebalik pengiktirafan Rasulullah kepada beliau dan pasukan tenteranya.Pendekatan
mengkaji cara berfikir, kuasa pendidikan dan karakter kepimpinan serta
perkongsian pengalaman penulis sendiri yang pernah bergelumang dalam sektor
kepimpinan korporat, NGO, gerakan mahasiswa dan persatuan pelajar membuatkan
buku ini sangat unik, sesuai untuk tatapan semua tahapan usia.

Ya Allah, temukanlah aku dengan buku ini Ya
Allah...jika ia membawa kebaikan kepadaku dan juga orang di
sekelilingku...Amin...

p/s : lebih baik minta kat Allah...Allah sebaik-baik penolong...

moga bermanfaat...wassalam...

Selasa, 10 November 2009

LAYAKKAH SAYA?

HABIBI


Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum...selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...moga kita antara yang mendapat rahmat Allah dan syafaat daripada Baginda SAW di akhirat kelak insyaAllah...

Selamat malam semua!!...(^^,)..alhamdulillah jumpa lagi...hehe...selesai juga exam final saya...lega rasanya...tapi dalam kekalutan nak study tu...Allah masih memberikan kesempatan untuk saya menghabiskan pembacaan buku yang sangat menarik ni iaitu...novel sejarah Islam, SALAHUDIN AYUBI...Penakluk Jerusalem..karangan Abdul Latip Talib. Apa yang saya dapat katakan tentang novel ni...BEST!!!! SANGAT2....rugi kalau tak baca....

memang menaikkan semangat bila saya baca novel ni...dengan menampilkan siri perjuangan Salahudin Ayubi untuk menentang tentera Salib laknatullah..saya dapat lihat bahawa inilah baru dikatakan perjuangan sebenar menegakkan agama Allah...

bila nak di bandingkan dengan diri yang selalu mengatakan bahawa diri ini juga seorang pejuang..memang jauh sekali..bagai langit dengan bumi perbandingannya dengan Salahudin Ayubi...

antara peristiwa dalam novel ini yang masih segar dalam ingatan saya ialah kejadian yang betul2 menyebabkan Salahudin Ayubi marah...ceritanya begini...Birnis, seorg panglima tentera terkenal tentera Salib telah menghalang perjalanan org Islam yang hendak menunaikan Haji di Mekah...beliau telah menghina Rasulullah SAW..dengan mengatakan bahawa.."katakan kepada Salahudin, Birnis menyuruhnya meminta pertolongan Muhammad bagi membebaskan dua orang tawanan ini," kata Birnis sambil ketawa....

tak guna punya Birnis...berani dia hina Rasulullah..geram saya bila baca bahagian ni...Salahudin Ayubi pun marah..beliau bersumpah, beliau yang akan bunuh Birnis dengan tangan sendiri...

hmm...begitu mendalam kecintaan beliau terhadap Rasulullah...saya pun cintakan Rasulullah...Salahudin dapat membuktikan kecintaannya pada Rasulullah SAW dengan membunuh Birnis dengan tangannya sendiri...tapi saya macam mana?...hmmm...

Cinta saya pada Rasulullah SAW memang terlalu kerdil berbanding cinta2 umatnya yang lain...ntah2 Rasulullah sedikit pun tak perasan saya kelak...tapi saya akan terus mencintai dan mengingati Rasulullah SAW....berharap dan terus berharap...agar di akhirat kelak, Rasulullah akan menoleh ke arah saya...saya tak mengharapkan Rasullullah SAW menyapa saya apatah lagi menuangkan air telaga Kauthar untuk saya...cukuplah sekadar menoleh...sekadar menoleh...besarnya impian....layakkah saya?....

Khamis, 5 November 2009

NAK MAKAN KER NAK PUASA?



Assalamualaikum....selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Saw...moga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah swt...

Alhamdulillah...syukur..satu hari lagi diberikan oleh Allah untuk kita beribadah kepadaNya...kumpullah bekalan sebanyak yang mungkin untuk perjalanan yang maha jauh....InsyaAllah..

InsyaAllah...selamat pagi semua...(^^,)..harap semua masih dikuriakan Allah dengan nikmat kesihatan tubuh badan...

hari ni saya akan ke bank...nak kuarkan duit...saya mampu bertahan satu hari jer tak makan nasi...huhu...lapor bebenor...teruk betul...tapi nak wat cam ner...saya memang anak jati Malaysia!!! Kedah gitu...hehe

hmm....terfikir saya...macam mana laa saya nak survive kalau ditakdirkan tersesat dalam hutan ker...berlaku peperangan ker...atau aper2 jer laa...kalau tak der nasik macam mana...kalau tak der makanan macam maner?..adakah saya masih terselamat?...dengan keadaan kita sekarang..bila2 masa jer pihak musuh akan datang menyerang...negara2 jiran merupakan musuh2 Islam...Thailand,Indonesia,Filipina...yer!! kita dah terkepung...hmm..satu persoalan yang perlu difikirkan...

latihan kepada diri yang boleh saya buat sekarang adalah dengan banyakkan berpuasa...InsyaAllah...latihan ni bukan sahaja mampu menundukkan nafsu kita malah dapat melatih diri untuk menjadi orang Malaysia yang KURANG makan...hehe...susah tu..

slogan untuk hari ni :

makan untuk hidup
bukan hidup untuk makan

sekian dulu...moga bermanfaat...wassalam...

p/s : doakan kejayaan saya tuk jawab exam Hubungan Etnik petang nanti...syukran (^^,)

Selasa, 3 November 2009

DUIT...OH...DUIT...



Assalamualaikum....selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...(^^,)..hehe...jumpa lagi yer...syukur...satu lagi hari yang dikurniakan Allah kepada saya yang di penuhi dengan segala nikmat-nikmatNya...

Hari ni dah selesai satu lagi paper...orientasi klinik..mencabar juga...sampai berkerut-kerut dahi ni saya kerutkan dek nak keluarkan apa yang telah saya pelajari sebelum ni....huhu...harap apa yang saya dan rakan-rakan usahakan selama ni membuahkan hasil....usaha dah...tawakal pun dah..moga Allah memberkati...Amin...

hari ni saya selesaikan semua hutang2 yang tertunggak...wah..bnyak juga...Alhamdulillah saya ada buat catatan...kalau tak mesti da lupa kan...hmm...bayar punya bayar...duit saya sekarang ni tinggal 0 sen...macam mana yer...dengan aper saya nak beli makanan nanti...hehe...tapi tak per...rezeki Allah tu luas...Allah maha pemurah...sedangkan cacing bawah batu pun ada bahagian rezekinya...inikan pula saya yang manusia ni...hehe...

buat apa susah2 nak fikir...ada 3 perkara yang Allah tetapkan kepada setiap anak Adam sebelum lahir lagi, yakni bahagian rezekinya,jodohnya dan juga ajalnya...lau rezeki tu dah ditetapkan untuk saya...da masuk dalam mulut orang pun boleh terkeluar balik...hehe..tapi saya pikir dua kali laa nak makan ke tak...hehe...gurau jer....

cuma sekarang ni saya teringatkan Rasulullah dan para sahabat..bagaimana mereka menahan rasa lapar yang amat sehinggakan mereka terpaksa mengikatkan batu-batu kecil dekat perut untuk menahan lapar....subhanaAllah..begitu besar pengorbanan yang di lakukan oleh baginda untuk umatnya....hmm..malu pulak rasa diri ini bila baru jer tak der duit dah nak bising2 kan...tak per2..saya try dulu yer beberapa hari tak der duit...nak merasai bagaimana rasanya orang yang berlapar...hehe...kalau tak tahan sangat...baru pergi cucuk duit...sebenarnya ada jer duit kat bank...hehe...buat saspen jer saya ni...

ok..ni satu cabaran buat saya...kita tengok berapa hari saya boleh bertahan...hehe...ok lah..sampai sini dulu...insyaAllah kita jumpa lagi...wassalam...

Jumaat, 30 Oktober 2009

SURAU SITI KHADIJAH...

Assalamualaikum...selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...semoga kita diantara umatnya yang mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW. di akhirat kelak...

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana dengan izinNya saya masih lagi di kurniakan nikmat yang terpenting dan terbesar dari segala nikmat-nikmat, yakni nikmat ISLAM dan IMAN..

kalau kita tengok keadaan sekeliling kita berapa ramai lagi yang belum kembali ke fitrah mereka (non muslim)...Saya bersyukur sangat2 dalam ramai-ramai hamba Allah..saya antara yang terpilih untuk lahir dalam keluarga Islam dan menganut Ad- Dinn ini. Tetapi kita tak seharusnya sudah berasa selamat kerana walaupun kita telah Islam, kita tak pasti lagi bagaimana keadaan kita di akhirat kelak...adakah selamat atau tidak dari cengkaman neraka Jahannam...

Allah humma ajir na minannar..3x..Ya Allah jauhkanlah kami daripada api neraka...insyaAllah kalau kita menyebut kalimah ini kita akan terhindar daripada api neraka...melalui pembacaan saya, jikalau kita menyebut kalimah ini nescaya neraka akan mendoakan kembali orang yang berdoa itu agar Allah menghindarkan diri orang tersebut daripada api nerakanya...

Alhamdulillah...antara solat maghrib dan isyak tadi ada sedikit pengisian di surau tercinta...SURAU SITI KHADIJAH...bilangan yang hadir agak bertambah berbanding sebelum ini...InsyaAllah..moga Allah akan mengikat hati-hati yang hadir tadi agar gemar dengan majlis ilmu dan cinta akan rumah Allah..insyaAllah...

namun begitu..dalam perjalanan pulang ke bilik..saya melalui bilik tv yang ada di aras saya...masyaAllah..ramainya...rupa-rupanya drama NUR KASIH sedang ditayangkan...patutlaa..
hmm..terdetik di hati saya alangkah bagusnya kalau yang datang surau pun sebanyak ini juga...tapi apa masalahnya yer...kenapa bilangan yang hadir ke surau lebih sedikit berbanding yang ada kat dalam bilik tv?...hmm..

salahkah nak tengok tv?...tak salah...tengok laa...tapi saya terfikir...naper diorang sanggup datang kebili tv...tapi tak sanggup turun ke surau?...hehe..tapi yang turun ke surau tu bagusla...teruskan usaha anda..tapi...kita tak boleh nak menyalahkan orang lain...apa yang saya nampak disini....fungsi daie itu kurang di mainkan...terutamanya di kolej ini...hmm...macam mana saya nak tarik lebih ramai orang untuk turun ke surau?....

kalau kita tengok firman Allah Surah At-Taubah ayat 18 yang bermaksud :

sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.

Allah amat menyukai hambanya yang sentiasa mengimarahkan rumah-rumah Allah...setiap ayat2 Al-Quran membawa maksud yang tersendiri yang perlu kita ambil perhatian...walaupun kadang2 kita rasa ..ala..turun surau jer pun...bukan ada aper2 sangat...namun kita tak nampak serta merasai hikmah di sebaliknya melainkan kita yang mengalaminya...

InsyaAllah...saya nak menyahut panggilan Allah...saya nak jadi orang yang mengimarahkan rumah Allah...saya nak ajak lebih ramai kawan-kawan saya tuk turun surau juga...InsyaAllah semoga Allah memberkati usaha kecil yang sana lakukan ni...untuk diriku...ikhlaskan niatmu...sekian dulu...Wassalam...