Assalamualaikum...selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Saw...semoga kita dicucuri rahmat dan diberikan petunjuk olehNya...serta mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW....
Berhibur...salahkah di sisi Islam?...apa pendapat anda?...adakah Islam tak membenarkan pengikutnya berhibur, hanya beribadah kepada Allah semata-mata?...
Berhibur tiada salahnya....
Kerna hiburan itu indah....
Hanya pabila salh memilihnya...
Membuat kita jadi bersalah....
(sedutan dr nasyid kump Raihan)
Islam satu-satunya agama suci daripada Allah swt untuk hambanya gunakan sebagai panduan cara hidup agar selamat di dunia mahupun di akhirat. Islam bukan agama yang "rigid" tetapi agama yang fleksible dan bersesuaian sepanjang masa...Islam membolehkan para pengikutnya berhibur....tetapi ada caranya...ada hiburan yang di benarkan...ada juga yang di tegah...
Surah Az-zariyat, ayat 56,
" tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepadaku"
ayat ini sudah jelas menunjukkan kpd kita apakah tujuan kita di bumi Allah ini...memang tugas kita di dunia ini tak lain tak bukan adalah untuk beribadat kepada Allah...berniatlah hanya kerana Allah sebelum melakukan sesuatu perkara....
macam mana saya nak berhibur..dan pada masa yang sama nak beribadah kepada Allah? macam tak boleh je?...boleh ke?...
mesti la boleh....teruskan pembacaan anda...
Hiburan yang di benarkan....Al Syeikh Yusof Al - Qardawi menyatakan bahawa antara hiburan yg diharuskan dalam Islam ialah yang dapat menghiburkan jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak di campuri dengan kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kpd perbuatan dosa.(al- halal wa al- haram fi al-Islam, hal.273)
Hiburan yang ditegah...hiburan yang menjurus ke arah kemunafikan dan syirik amat2 di tegah dalam Islam. Contohnya, Ibnu Tamiyah ada menyatakan bahawa hiburan mampu menjadikan seorang peminat mencintai hiburan melebihi cintanya kepada Allah swt..Perkara ini perlu di hindarkan agar kekhayalan dan kealpaaan terhadap hiburan tidak menjadikan manusia lupa akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
justeru, kalau nak berhibur tu...cuba kita semua fikir dahulu, adakah hiburan itu antara hiburan yang dibenarkan atau hiburan yang di tegah...
sampai di sini dulu buat masa ini....semoga usaha kecil saya ini mendapat keredhaaan dan keberkatan daripada Allah swt....wassalam
MA'RIFATULLAH
14 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan