Sabtu, 1 Ogos 2009

Syaitan siber....

Assalamualaikum...selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW....semoga kita semua mendapat rahmat drpd Allah dan mendapat syafaat drpd Rasulullah SAW dia akhirat kelak.....

Syaitan siber...pelik...tapi benar....seperti yg kita ketahui syaitan telah bersumpah dengan Allah untuk menyesatkan anak cucu Adam AS sehingga ke hari akhirat kelak...syaitan tanpa ragu2 meminta keizinan drpd Allah swt untuk menangguhkan waktu untuknya sehingga akhir zaman semata-mata untuk menarik dan menggoda seramai mungkin anak cucu Adam untuk menemaninya di dalam neraka kelak...

Walaupun kita sudah sering mendengar dan banyak kali di beritahu tentang hal ini, malah telah tertulis di dalam Al-Quran sendiri pun bahawa syaitan ini adalah musuh manusia yg nyata...namun ramai diantara kita yg masih leka dan menuruti apa yg dihasutkan oleh syaitan laknatullah (termasuklah diri saya). Sehinggakan syaitan sendiri menjadi hairan kenapa manusia mengatakan benci dan tak suka kpd perangai syaitan...tetapi masih menuruti kemahuannya... tak serupa bikin betul!! Hal ini telah diutarakan oleh syaitan laknatullah kpd Rasulullah SAW sewaktu sesi dialog antara Rasulullah dengan syaitan...insyaAllah kalau ada kesempatan saya akan sertakan cerita Rasulullah berdialog dgn syaitan...

berbalik kpd syaitan siber, saya rasa perkara ini amat bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW iaitu di antara anak adam lelaki dan perempuan yang berdua-duaan yang ketiganya ialah syaitan laknatullah...kalau nak ikutkan, kita bermesej-mesej dengan seseorg yang berlainan jantina dah menepati syarat diatas...bukan hanya bila bertemu sahaja...sebab tu sedar tak sedar masa kita tengah bermesej tu kita rasa best sangat...bahagia..seronok...pokoknya...kat sinilah yang ketiga tu dtg..syaitan laknatullah....gurau2 sikit...marah2...last2 aturkan pertemuan nak jumpa untuk lebih mengenali...

saya bukan bermaksud nak suruh boikot semua ni...saya pun ada gak buat semua ni...tapi kita kawal diri kita yerr...takut juga...sbb syaitan tak akan berasa letih dan lesu dalam menyesatkan manusia....ada jer wadah yang dia gunakan untuk menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan...sama2 ler kita beringat yerr....

wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan