Jumaat, 30 Oktober 2009

SURAU SITI KHADIJAH...

Assalamualaikum...selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...semoga kita diantara umatnya yang mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW. di akhirat kelak...

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana dengan izinNya saya masih lagi di kurniakan nikmat yang terpenting dan terbesar dari segala nikmat-nikmat, yakni nikmat ISLAM dan IMAN..

kalau kita tengok keadaan sekeliling kita berapa ramai lagi yang belum kembali ke fitrah mereka (non muslim)...Saya bersyukur sangat2 dalam ramai-ramai hamba Allah..saya antara yang terpilih untuk lahir dalam keluarga Islam dan menganut Ad- Dinn ini. Tetapi kita tak seharusnya sudah berasa selamat kerana walaupun kita telah Islam, kita tak pasti lagi bagaimana keadaan kita di akhirat kelak...adakah selamat atau tidak dari cengkaman neraka Jahannam...

Allah humma ajir na minannar..3x..Ya Allah jauhkanlah kami daripada api neraka...insyaAllah kalau kita menyebut kalimah ini kita akan terhindar daripada api neraka...melalui pembacaan saya, jikalau kita menyebut kalimah ini nescaya neraka akan mendoakan kembali orang yang berdoa itu agar Allah menghindarkan diri orang tersebut daripada api nerakanya...

Alhamdulillah...antara solat maghrib dan isyak tadi ada sedikit pengisian di surau tercinta...SURAU SITI KHADIJAH...bilangan yang hadir agak bertambah berbanding sebelum ini...InsyaAllah..moga Allah akan mengikat hati-hati yang hadir tadi agar gemar dengan majlis ilmu dan cinta akan rumah Allah..insyaAllah...

namun begitu..dalam perjalanan pulang ke bilik..saya melalui bilik tv yang ada di aras saya...masyaAllah..ramainya...rupa-rupanya drama NUR KASIH sedang ditayangkan...patutlaa..
hmm..terdetik di hati saya alangkah bagusnya kalau yang datang surau pun sebanyak ini juga...tapi apa masalahnya yer...kenapa bilangan yang hadir ke surau lebih sedikit berbanding yang ada kat dalam bilik tv?...hmm..

salahkah nak tengok tv?...tak salah...tengok laa...tapi saya terfikir...naper diorang sanggup datang kebili tv...tapi tak sanggup turun ke surau?...hehe..tapi yang turun ke surau tu bagusla...teruskan usaha anda..tapi...kita tak boleh nak menyalahkan orang lain...apa yang saya nampak disini....fungsi daie itu kurang di mainkan...terutamanya di kolej ini...hmm...macam mana saya nak tarik lebih ramai orang untuk turun ke surau?....

kalau kita tengok firman Allah Surah At-Taubah ayat 18 yang bermaksud :

sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.

Allah amat menyukai hambanya yang sentiasa mengimarahkan rumah-rumah Allah...setiap ayat2 Al-Quran membawa maksud yang tersendiri yang perlu kita ambil perhatian...walaupun kadang2 kita rasa ..ala..turun surau jer pun...bukan ada aper2 sangat...namun kita tak nampak serta merasai hikmah di sebaliknya melainkan kita yang mengalaminya...

InsyaAllah...saya nak menyahut panggilan Allah...saya nak jadi orang yang mengimarahkan rumah Allah...saya nak ajak lebih ramai kawan-kawan saya tuk turun surau juga...InsyaAllah semoga Allah memberkati usaha kecil yang sana lakukan ni...untuk diriku...ikhlaskan niatmu...sekian dulu...Wassalam...

Khamis, 29 Oktober 2009

IMAM HASSAN AL BANNA



"Aku mampu membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan,menyediakan bekalan,berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila dia di seru,dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan gurauannya, tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah di letakkan atau dituntut keatasnya. Dia berjihad di atas jalannya...kamu dapat membaca pada garis wajahnya,melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya, segala yang bergelora dalam hatinya...berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya"

ikhwan yang dirindui Rasulullah SAW

SIFAT-SIFAT MAHMUDAH
BAIK HATI
MURAH HATI
MALU
SABAR
SOPAN
REDHA
RENDAH DIRI
WARA’
BERSIH
RASIONAL
BERDISIPLIN
ISTIQAMAH
PEMAAF


….dan banyak lagi.Inilah sifat-sifat yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W.Agaknye berape je sifat Rasulullah yang ada dalam diri kita???same2la kita muhasabah diri & dan berusaha untuk memiliki sebanyak mungkin sifat2 tersebut..sebagai bukti keimanan dan kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W.Renungkan kisah ini……

Pernah suatu ketika,sedang Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat,tiba-tiba bergenang air mata baginda.Para sahabat gelisah melihatsesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah.Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar,baginda menyatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwan baginda.Para sahabat merasa iri hati mendengarkan pernyataan baginda hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “bukankah kami ini ikhwanmu” “Tidak Abu Bakar,kamu semua adalah sahabat-sahabatku.” Kata baginda. “Ikhwanku itu,” kata Rasulullah , “adalah mereka yang belum pernah melihatku,tetapi mereka beriman dan mencintai ku.Aku sangat rindu untuk bertemu mereka……”

Lalu,pandang dan renunglah pada diri kita..adakah kita layak digelar ikhwan Rasulullah???