Khamis, 29 Oktober 2009

IMAM HASSAN AL BANNA



"Aku mampu membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang lelaki yang sentiasa membuat persiapan,menyediakan bekalan,berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila dia di seru,dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan gurauannya, tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah di letakkan atau dituntut keatasnya. Dia berjihad di atas jalannya...kamu dapat membaca pada garis wajahnya,melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya, segala yang bergelora dalam hatinya...berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya"

1 ulasan: