Assalamualaikum...selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW... moga-moga kita mendapat syafaat daripada baginda SAW di akhirat kelak...
Setinggi-tinggi kesyukuran saya penjatkan kepada Allah..kerana dengan izin dan linpah kurniaNya saya dapat menggerakkan jari jemari saya untuk menghasilkan blog ini...
Subhanaallah,alhamdulillah,allahuakhbar...hari ini setelah menghadiri usrah di surau...saya telah diberi satu soalan yang membuatkan saya terfikir panjang...soalannya ialah apakah yang anda telah lakukan untuk Islam semenjak anda lahir sehingga hari ini?..puas saya berfikir apa yang telah saya lakukan untuk Islam...rasa macam ada tetapi apa?..tak kan saya tak menyumbangkan apa-apa langsung untuk Islam sehingga hari ini?..
Saya terdorong untuk menggunakan wadah ini untuk menyalurkan idea-idea saya,ataupun pandangan saya...saya mungkin baru dalam bidang ini..tapi pendekatan saya mungkin sesuai dengan sesetengah orang..moga-moga usaha sedikit yang saya lakukan ini diberkati oleh Allah swt..
MA'RIFATULLAH
14 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan