Khamis, 30 Julai 2009

Di mana bumi di pijak di situ Islam dijunjung

Assalamualaikum...selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada Baginda di akhirat kelak...
Di mana bumi di pijak disitu Islam dijunjung....begitulah sebaris nasihat yang saya terima daripada kakak naqibah sewaktu saya di UiTM Shah Alam.Kenangan ketika berada di UiTM Shah Alam amat manis dirasakan....dikelilingi sahabat yang sefikhrah...kakak2 yang sentiasa menasihati dan suasana Islam yang dihidupkan....saya amat rindu akan keadaan itu...tapi masa sentiasa bergerak kehadapan..dan tak akan berundur ke belakang..

Kini saya berada di UKM KL..meneruskan perjuangan saya di KL...saya kini melanjutkan pelajaran saya dalam jurusan Ijazah Sarjanamuda Sains Pertuturan dengan Kepujian....course apa tu?...itulah soalan yang saya sering dengar apabila memberitahu jurusan yang saya ambil di UKM ni...nak terang dgn mendalam pun saya tak pasti sangat tentang course ni....untuk pengetahuan semua course ni merupakan pilihan saya yang terakhir...tapi Allah lebih mengetahui dan lebih arif apa yang terbaik untuk diri saya...mungkin ada hikmah yang tidak terlihat lagi buat masa ini....

berbalik di Uitm, saya merupakan pelajar Asasi Sains Uitm...disebabkan keinginan untuk mencari Islam yang begitu suci dan indah...saya mulakan pencarian itu di surau Melati, iaitu surau di kolej saya....di sana saya berkenalan dengan seorang sahabat yang bernama Nadzirah binti Md Ripin....usianya sebaya dengan saya ..tetapi saya amat kagum dengan beliau kerana beliau memiliki ingatan yang amat bagus dan dapat menghafal banyak dalil2 Al-Quran...beliau sentiasa menyelitkan ayat2 Al-Quran dalam setiap percakapan beliau....

di surau itu saya berkenalan juga dengan beberapa orang kakak2 yang selalu turun surau....dari hari kehari bilangan orang ke surau semakin bertambah...di sana, selepas solat maghrib kami akan membuat halaqoh. Di mulakan dengan membaca surah Al waqiah kemudian kami akan membincangkan masalah isu semasa dan juga memberikan tazkirah untuk makanan rohani...pelajar baru juga di galakkan untuk bercakap atau memberi tazkirah...kakak2 melayan kami dengan lemah lembut dan kami pelajar baru semakin tertarik dengan pendekatan mereka....

Ikatan ukhwah antara kami amat kuat dirasakan....tetapi apabila menamatkan pelajaran, saya meletakkan UiTM sebagai pilihan pertama...tetapi Allah lebih mengetahui...dan saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UKM...perasaan saya pada masa itu tak dapat digambarkan...bercampur baur...takut ada ...sedih ada...gembira pn ada juga...takut sebab memikirkan bahawa saya terpaksa berpisah dengan sahabat2 yang sentiasa menasihati...nanti kat UKM ntah jumpa ke tak dengan sahabat sebegini...sedih pula....sebab tak dapat seperti apa yang diimpikan...tapi bila di pujuk hati ini...Allah maha mengetahui...pasti ada hikmah disebaliknya...Allah tak akan uji seseorang hambanya jika dia tidak mampu...gembira pn ada juga...gembira sebab dalam berpuluh ribu pelajar yang memohon untuk masuk ke universiti...saya antara yang di pilih oleh Allah SWT....syukur Alhamdulillah...

Dalam sibuk menguruskan persiapan untuk mendaftar di UKM, saya telah menerima satu msg daripada kakak naqibah saya...msgnya berbunyi begini.."Salam.Tahniah da dpt tmpt..slmt b'usaha...jgn lupe dimana bumi dipijak dsitu Islam djunjung"...
insyaAllah apa yang kak Za nasihatkan akan saya ingat sampai bila2...doakan kejayaan saya di dunia dan diakhirat....
Wasssalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan